Myfendi Motivasi165

Selamat Hari Pekerja 2012
Seperti biasa, tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan sambutan Hari Pekerja. Bagi yang dah ada pekerjaan, alhamdulillah lah kerana dapat mengecap upah / gaji setiap bulan. Ada yang banyak dan ada yang sedikit. Sama ada gaji RM1000 sebulan atau RM10,000 sebulan, yang membezakan seseorang itu bahagia atau tidak bahagia ialah ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Walaupun hanya bergaji RM1,000 tapi tinggal di kampung, tentu lebih bermakna dari bergaji RM1,000 tapi berada di kotaraya Kuala Lumpur.  Bergaji RM10,000 sebulan tapi perbelanjaan setiap bulan RM12,000 pun tak akan bahagia sebagaimana seorang yang bergaji RM1,000 tapi dapat simpan RM200.00 sebulan.

Pendapatan bukanlah penentu segala-galanya. Ianya bergantung kepada setiap individu, berapa banyakkah yang diperuntukkan untuk simpanan, pelaburan dan perlindungan (takaful @ insurans) setiap bulan. Ada yang bergaji RM2,000  sebulan tapi tinggal di rumah sendiri dengan bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM500.00 sebulan. Tapi ada yang bergaji RM7,000.00 sebulan, tapi tinggal di rumah sewa dengan sewa RM1,200.00 sebulan. Walaupun secara fizikalnya saiz rumah berbeza, namun tahap ketenteraman fikiran dan jaminan masa hadapan rasanya lebih memihak kepada yang memiliki rumah sendiri.

Sempena Hari Pekerja ini, saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan agar tidak terus leka dengan segala yang telah dikecapi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Kesyukuran kepada Allah dan terima kasih kepada manusia yang telah memakmurkan bumi ini perlulah sentiasa disemat di dalam hati. Tiada gunanya hanya menyalahkan orang lain setiap kali kita tidak memiliki apa yang kita inginkan. Ada yang disaat merungut tentang kenaikan harga petrol dan barangan dapur, pada masa yang sama jugalah sedang mengunyah makanan di restoran mewah atau di restoran makanan segera.

Di saat kita rasa gaji kita tidak cukup. Mungkin pada masa tersebut masih terdapat saudara mara dan rakan taulan kita yang masih tercari-cari pekerjaan atau baharu sahaja diberhentikan kerja. Syukurlah dengan apa yang ada, tapi jangan cepat berpuas hati dengan usaha. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.

Selain sumber pendapatan utama, mungkin juga kita perlukan sumber pendapatan kedua dan ketiga untuk menampung  kos sara hidup yang semakin meningkat. Menyalahkan orang lain tidak akan menyelesaikan masalah kita. Buka mata, buka hati dan buka minda untuk berubah, bukannya buka mulut untuk menambahkan dosa sahaja.

Selamat Hari Pekerja 2012. – Myfendi

Meniru hasil vs meniru usaha
Ramai orang yang suka meniru HASIL. Contohnya suka pakai kereta mewah di luar kemampuan membayar, suka beli rumah sebesar gudang, suka gunakan gajet-gajet canggih terkini, suka makan minum di restoran lima bintang, suka melancong ke luar negara setiap bulan dan suka kalau ada kad kredit kredit  Platinum dengan limit penggunaan melebihi  puluhan ribu. Ini semua adalah hasil yang diperolehi oleh seseorang yang telah berkerja keras, bergaji besar, berjaya di dalam perniagaan dan mendapat kebebasan kewangan. Sangat seronok bila berbicara tentang hasil.

Di luar sana ada syarikat-starikat  tertentu dan juga penganjur skim  pelaburan, baik yang halal mahupun yang haram sering kali mewar-warkan tentang hasil.

Lalu terpampanglah di dada majalah syarikat berkenaan seorang jutawan dengan banglo dan kerta mewah. Ada juga yang sedang memeluk duit 14 juta dan ada pula gambar diambil di dalam majlis tertentu yang sangat “grand” . Itu semua adalah hasil yang cuba di tonjolkan. Wow dalam masa 3 bulan sudah dapat 8 juta…..masa 30 hari sudah dapat 1 juta…..”dulu kerja kuli, sekarang jadi jutawan….begitulah testimoni nya”

Tapi ramai yang lupa, untuk mengecapi semua itu (sekiranya betul-betul) atau tipu (promosi oleh syarikat yang menipu – skim cepat kaya), memerlukan usaha yang berterusan, kerja siang malam, modal yang boleh tahan dan yang penting muka kena tebal dan hati kena bebal. Selepas beberapa lama barulah ….mungkin kemewahan tersebut di kecapi.

Tiada jalan singkat untuk mengecap kekayaan yang sejati (halal). Berapa ramai yang dah jadi jutawan hasil pelaburan yang entah apa-apa entah tu. Tetapi sampai sekarang masih ramai yang tertipu….al maklumlah kalau boleh nak jadi kaya..tapi tak payah kerja. Banyak  Chantek ?

Fikir-fikir dan renung-renungkan, janganlah kita terbuai dengan mimpi indah…saudagar mimpi.

Janganlah kerana terlalu mabuk dengan HASIL yang dihajati hingga melupai USAHA sebenar yang perlu dilakukan. Tiada jalan mudah !! – Myfendi

Research & Development vs Research & Copy
Menurut Billi Lim (2001) di dalam bukunya “Daripada KSE – Kia Su Economy kepada KBE – Knowledge Base Economy”, sekiranya kita adalah kecil (syarikat kecil mungkin atau orang baru dalam sesuatu bidang yang diceburi) dan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan Research and Development (R&D), kita boleh mengambil laluan alternatif yang lain iaitu dengan melakukan R & C (Research and Copy) maksudnya penyelidikan dan peniruan.

Meniru disini bukanlah bererti mencabul hak orang lain. Ia bermaksud tiru dan ubah, inovasi dan mengeluarkan sebuah produk atau perkhidmatan yang baru dan lebih baik.

Contohnya bagi seorang Trainer yang baru-baru berjinak di dalam dunia latihan, mungkin agar sukar untuk melaksanakan latihan    yang  menggunakan peralatan multimedia yang canggih  sebagaimana yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat pengendali  latihan yang telah lama bertapak, tetapi  beliau mungkin boleh mengubah suai kaedah penyampaian mengikut kesesuaian peserta dan peruntukan kewangan yang ada  standing dengan persembahan syarikat yang besar tersebut . Semua ini memerlukan R & D dan R & C. – Myfendi

Seven Characteristics of Good Trainer
Trainers are an important part of any company because they are directly responsible for the future growth and performance of their organization.

In this article, I have tried to put together the 7 most important characteristics of good trainers. These 7’Cs will help you conduct successful training sessions for the recruits of the company.

Character

By character I mean the professional credentials and credibility of the trainer. Training as a career choice is different from all other professions. You need to have a passion towards training your disciples to success especially since you, as a trainer, would be responsible for several young enthusiasts’ career. A trainer faces his acid test when his students undergo their final evaluation. Therefore, a good trainer is one who considers his job a lot more than merely a source of income. If you actually start believing that you are doing more than just earning your salary, you would be able to influence and impress your students a lot more effectively.

Command on the subject

The second most important trait that is important for a trainer to have is a thorough grasp of his subject. Needless to say, a trainer with an imperfect knowledge about his topics is jeopardizing the careers of his students, and such a person soon loses the respect of his class. The only way you can effectively grab the attention as well as the respect of the trainees is to convey to them that you indeed have a superior knowledge of the subject.

Communication Skills

Paraphrasing the tagline of the IBM ads – its one thing to have a grand vision and quite another to bring it to life. Similarly, its one thing to have the necessary qualifications and expertise of a subject and another to be able to communicate your knowledge to an audience effectively! Some trainers lose the respect and interest of their audience despite their superior knowledge of the subject because they lack the confidence and the communication skills to connect with their students. 4) Control It often happens that a discussion heading towards a certain topic swings to something entirely different, which distracts the attention of the class and leads to a wastage of valuable time. Now, it is the trainer’s job to be on the driver’s seat and ensure that everyone is on the same wavelength. This takes not only confidence but also a lot of subtlety and tactfulness to keep the trainees focused on the subject.

Contact

The trainer must be capable enough to address the needs of every individual participant in his class. He shouldn’t allow himself to get carried away by the superior understanding and grasping prowess of a few bright students and neglect the needs of the rest of the flock. Every individual is different, as far as intelligence is concerned, so the trainer needs to ensure that everyone is progressing at the same pace and nobody gets left behind.

Clarity

A good trainer is one who is able to make his subject as simple and interesting as possible. His language should be stimulating but prosaic. There should be no element of ambiguity. If the topic under discussion is challenging and complicated, the trainer try to go slow and be patient enough to repeat himself as many times as needed.

Charisma

Nobody is interesting in listening to the droning drivels of a boring dud. No matter how important a topic you seem to be discussing, if you don’t have a charismatic personality, people simply won’t listen. Period! A successful trainer is one who is able to enthrall and captivate his students with his words. Being charismatic and dynamic will dramatically improve the trainer’s acceptability and likeability amongst his audience. They then won’t have to make an effort to listen but will listen despite themselves, and will keep up with everything that’s being taught to them.

Source  from MENSXP.Com  Website  : http://www.mensxp.com/work-life/life-at-the-office/572-characteristics-of-good-trainers.html

Hilangnya “Sayang”
Alangkah indahnya kehidupan ini sekiranya setiap insan mempunyai rasa kasih dan sayang. Sayang kepada diri sendiri, sayang kepada orang lain, sayang kepada alam sekitar dan yang utama sayang dan syukur kepada Pencipta. Inilah yang dikatakan kehidupan yang ideal. Tetapi ini semua mungkin hanya tercatat di dalam bait-bait puisi, lirik lagu atau di dalam novel romantis sahaja.

Jika kita perasan (bagi yang  berperasaan) di  media cetak dan media elektronik setiap hari, kita dihidangkan dengan cerita-cerita sedih, pilu dan mungkin memyebabkan kita menjadi geram. Apa ceritanya ? Cerita tentang penculikan kanak-kanak, pembunuhan, penipuan, penganaiyaan dan pelbagai lagi masalah sosial. Jika kita melihat dipersekitaran pula, masih banyak sampah sarap di persimpangan lampu isyarat, masih banyak iklan-iklan sampah (ubat kuat, Ah Long dsb) di dinding-dinding pangsapuri dan pelbagai lagi kerosakan yang dibuat oleh lembu….opsss…oleh manusia yang berakal lembu.

Apa kesannya kepada kita. Bagi yang normal dan masih mempunyai kasih sayang sudah tentu fenomena ini merisaukan kita. Bagaimana dengan keselamatan diri kita dan keluarga kita akan datang. Bagaimana dengan alam persekitaran kita, masih selamat kah ? Bagi yang tidak berperasaan atau malas berfikir…mereka cakap..”lantaklah, janji aku selamat”. Selamat ? Hmmmm

Apa punca kepada semua kejadian ini. Pada pendapat saya, perkara-perkara ini semua berlaku kerana hilangnya kualiti “SAYANG” di dalam diri. Kalau kita sayangkan seseorang sudah tentu kita tidak sanggup menyakitkan hatinya apatah lagi mencederakan atau lebih kejam membunuh. Kalau kita sayang alam sekitar dan dunia yang indah ini, kita tidak akan membuang sampah merata-rata. Kalau kita sayang kepada kemudahan yang disediakan kita tidak akan melakukan vendalisme. Semuanya kerana perasaan sayang telah terhakis dari dalam diri.

Kenapa semakin hilangnya perasaan sayang ? adakah kerana kita terlalu mengejar kebendaan, kekayaan, KPI atau pangkat ? atau kerana setiap hari kita memakan makanan yang diragui status halalnya atau dunia ini semakin panas….manusia cepat stress dan cepat hilang pertimbangan.

Kasih sayang itu dari Allah….jadi kita kena banyak-banyak berdoa agar kita terus dikasihiNya dan khazanah kasih sayang tersebut kekal membara dan menyemarak di dalam diri kita. Aktiviti-aktiviti yang boleh memupuk kasih sayang perlu di rancakkan agar kasih sayang di pandang lebih bernilai dari emas, perak dan wang fiat. Sama-samalah kita bermuhasabah…memperbaiki mana yang pincang, menambah mana yang kurang agar kasih sayang terus semarak semesta raya.-  Myfendi.

Alam yang terbentang..
“Alam adalah laksana sebuah kitab yang besar yang terbentang di muka bumi kita, di dalamnya cukup tertulis perjuangan hidup yang ditempuh manusia, ada yang beruntung, bahagia dan ada pula yang jatuh sengsara. Bagi orang yang bijaksana semuanya itu akan dijadikannya guru untuk mengambil pelajaran” – Cendekiawan

Semua orang adalah pemimpin
Ramai orang ingin menjadi pemimpin tetapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya adalah pemimpin bagi diri mereka sendiri. Ketika seorang anak menjadi ketua kelas, dia adalah seorang pemimpin. Ketua kampung juga pemimpin. Guru sekolah rendah merupakan pemimpin kepada murid-murid disekolahnya. Seorang ibu merupakan pemimpin kepada anak-anaknya. Sedar atau tidak, hampir setiap orang merupakan pemimpin dalam lingkungan masing-masing. Walapun hanya mempunyai seorang pengikut, dia masih dikira sebagai seorang pemimpin. Malah manusia itu sebenarnya adalah pemimpin bagi dirinya sendiri.

Oleh kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini (mereka adalah pemimpin), maka mereka tidak mahu berusaha mempelajari dan mengembangkan ilmu kepimpinan mereka. Kata-kata seperti “saya hanya orang kecil” sesungguhnya sangat mengecilkan jiwa manusia yang hakikatnya sangat besar. Sesungguhnya seorang pemandu beca juga mampu menjadi seorang pemimpin yang hebat bagi keluarganya, apabila dia mampu mendidik anak-anaknya berjiwa besar. Tiada istilah ‘orang kecil’ dan ‘orang besar’ di sisi Tuhan. Manusia semuanya adalah hakikatnya sama, yang membezakan hanyalah ketaqwaan mereka disisi Allah. Selain sebagai hamba, manusia juga perlu berperanan sebagai khalifah di muka bumi ini sebagaimana Firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. – Surah Al-Baqarah (Sapi Betina).

Sumber : Ary Ginanjar Agustian (2009) Rahsia Kejayaan Membangunkan Kecerdasan Emosi dan Spiritual  – ESQ (Edisi Bahasa Malaysia).

Ombak Rindu vs Laskar Pelangi
Sudahkah anda menonton filem Ombak Rindu ? Sebuah filem yang diadaptasi dari novel best seller  karya Fauziah Ashari. Filem ini telah berjaya pecah panggung dengan kutipan melebih 11 juta kerana  jalan ceritanya berjaya menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang menontonnya. Sebuah filem yang mudah dan ringkas tetapi berjaya digarap dengan baik oleh pengarahnya Osman Ali. Kejayaan filem ini tidak bergantung semata-mata kepada populariti Maya Karin dan Lisa Surihani, tetapi yang penting ianya berjaya  menarik penonton menonton hingga ke saat akhir tanpa jemu. Apa kelebihannya…..kelebihannya ialah ia berjaya menyentuh emosi penonton. Filem yang berjaya selalunya akan menyebabkan penonton berasa sedih, sayang, seram, bersemangat, takut, ngeri dan sebagainya. Semuanya melibatkan emosi. Fakta tidak begitu diperlukan bagi menarik penonton. Filem epik sekalipun memerlukan unsur-unsur yang menyentuh emosi.

Ada sebuah lagi filem yang bagi saya sangat menyentuh hati… atau emosi penonton baru saja saya tonton beberapa hari lepas di ASTRO (walaupun filem ini telah ditayangkan  sejak 25 September 2008 lagi). Jalan ceritanya berlainan dari Ombak Rindu tetapi juga menyentuh hati  dan boleh dijadikan pengajaran untuk guru dan juga murid-murid. filem Indonesia, Laskar Pelangi yang  juga diadaptasi dari sebuah novel best seller di Indonesia karya Andrea Hirata. Bezanya Fauziah Ashari merupakan seorang novelis yang telah terkenal dengan penulisannya manakala Andrea pula bukanlah seorang penulis. Pertama kali menghasilkan novel terus meletup dan menarik minat penerbit untuk dijadikan filem.Laskar pelangi mengisahkan pengalaman sebenar penulis bersama kawan-kawannya mendapat pendidikan di sebuah sekolah yang hampir ditutup. Sekolah untuk anak-anak miskin. Pengorbanan yang ditunjukkan oleh guru-guru (3 orang sahaja) telah berjaya mengubah nasib masa depan anak-anak ini. Kemiskinan dan kekurangan kemudahan  tidak menghalang 10 orang murid-murid sekolah tersebut belajar dan  memenangi dua pertandingan di antara sekolah-sekolah yang lebih elit. Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut, kerana ianya perlu ditonton sendiri untuk merasainya.

Berikut adalah  kupasan berkenaan filem Laskar Pelangi yang dipetik dari akhbar Jakarta Post untuk perkongsian bersama.

‘Laskar Pelangi’: The audacity of hope

Iwan Seti, Contributor, Jakarta | Sun, 09/07/2008 9:47 AM

Here is a movie adapted from a best-selling Indonesian novel. It took 40 days of filming on Belitong Island, Bangka-Belitung province, involving 12 local actors, and reportedly cost Rp 8 Billion. With all the efforts of transforming Laskar Pelangi (Rainbow Warrior) into a moving picture, will it satisfy readers’ imaginations?

Laskar Pelangi, the novel, was written by Andrea Hirata in 2005, based on the writer’s own experiences. It is about an inspiring teacher and her 10 students in the poverty-stricken Kampung Gantong in Belitong. The poor condition of their school building does not dampen their high spirits and hopes for a better future.

Two years later, the novel became a phenomenon in Indonesian literature. With its humanistic touch, Laskar Pelangi has sold more than 500,000 copies and has won the position of Must-Read Novel in every corner of the nation’s bookshops and media review pages. It finally overcame the domination of teen-lit, chick-lit and even religious novels, the popular theme of today.

Andrea entrusted the filming of the story to respected figures in the film industry, Mira Lesmana and Riri Reza, as producer and film director, respectively. “Mira and Riri are two people with high integrity in the movie-making industry in Indonesia. I believe they have a unique perspective in creating their work,” says Andrea.

Mira, who made a record at the Indonesian box office with teen flick Ada Apa Dengan Cinta and children’s adventure movie Petualangan Sherina, says “(After reading the novel) I felt like being slammed and was so ashamed of myself. How could I complain about our movie’s poor condition, while far away in Belitong there are 10 children and a teacher whose lives are far worse than mine. But they still dare to have hopes and dreams. They struggle to overcome all obstacles with a smile.”

Riri makes a similar comment. “I think the novel is very interesting and it is important it be filmed. Interesting because it consists of many aspects such as educational, social and political issues. It is also important because it has an inspiring effect of hope and not giving up, while living a very hard life.”

In July 2007, Mira and Riri started pre-production, which took a year to finish. Together with scriptwriter Salman Aristo they decided to create a different scenario for the film.

“Novels and movies are two different things. Each has its own specialties and limits. It is very natural for the movie to have a slightly different content than the novel,” says Riri, who won a Citra film award for his movie Eliana Eliana in 2005.

Mira admits she has no worries about the possibility of negative responses from adapting the novel into a film.

“The film will eventually bring in our audience, whether they have read the book or not, just to relax, enjoy and be ready to be affected by different experiences,” she explains.

The film was shot on location on Belitong Island, the setting of the novel. Twelve of the roles were played by local children.

“In my opinion, there won’t be any actors with a deeper connection to the roles than those who were born and lived in Belitong their entire life,” Riri says to explain his reasons for pursuing authenticity.

Some veteran actors such as Ikranegara, Slamet Rahardjo, Alex Komang, Jajang C Noer, Mathias Muchus and Robbie Tumewu will appear. And there is also fresh blood to satisfy youngsters, such as Tora Sudiro, Rieke Dyah Pitaloka and Cut Mini.

Cut Mini (playing the central character, the teacher Muslimah) admits she found it challenging to play Miss Muslimah, described as a loving, tender, patient and smart fighter. It is simply a character that differs from any other role she has ever taken.

“That’s why, when I got the role, I was soooo happy. I kept on practicing and memorizing the script three hours a day and got acting tutoring directly from Riri himself. I also got the chance to meet Miss Muslimah in person, to get to know and learn more of her real character directly,” she says, admitting there is also a great expectation from the audience (especially the readers of the book) to see the Miss Muslimah character in the movie.

“I’ve given my best and I hope the audience can accept it,” she adds.

Film is an form of art with a multidimensional influence. It has the ability to influence, move and change point of view, behavior, situation and society. Being aware of the power of film, many of those involved in making the costly Laskar Pelangi are committed to its success.

Behind the scenes Mira and Riri wish the message is accepted by the audience. They hope it will stir the emotions of all those who watch it. “Please don’t boast out about how great your country is, when you’re still ignoring the education aspect of it,” Mira says.

Salam Maulidur Rasul – Mencintai Rasulullah
Setiap tahun kita  mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Pelbagai program telah diatur sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, organisasi mahupun di peringkat masjid dan surau disekitar kita.  Alhamdulillah dengan adanya program-program sebegini, ianya akan membangkitkan semangat  dan motivasi kita sebagai umat Islam.Percaya kepada Rasul merupakan salah satu rukun Iman yang wajib kita ketahui, fahami, hayati dan manfaatkan kepada diri kita dan masyarakat.

Memanglah setiap hari kita perlu mengingati Rasulullah S.A.W, Ini telah menyebabkan ada segelintir pihak mengatakan tidak perlulah ada program sambutan yang formal. Tetapi tanpa program-program yang diatur secara formal dan terancang, saya percaya sedikit demi sedikit ingatan terhadap baginda Rasulullah S.A.W akan dilupakan oleh umat Islam. Hanya mereka yang  mempunyai tahap keimanan dan ketakwaan yang tinggi sahaja yang mampu bermotivasi untuk mencintai dan mengamalkan sunah setiap hari.

Jadi program-program sebegini, bagi pendapat saya merupakan nilai tambah kepada kita umat Islam, terutamanya bagi golongan yang biasa-biasa macam kita ni yang sering terlalai.

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini saya ingin berkongsi satu artikel yang telah ditulis oleh Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman yang saya petik dari blog al-ahkam.net. Semoga kita dapat bersama-sama membaca, menghayati dan mengamalkannya.

Tanda Cinta Terhadap Rasululullah S.A.W

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw.

Di antara bukti dan tanda-tanda tersebut adalah:

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda saw.

Mencontohi, mengikuti Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang yang mengikuti Rasulullah saw secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.

Orang yang mencintai Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:

{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].

Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:

{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].

Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.

2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.

3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].

4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.

Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.

Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.

5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda saw baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:

{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].

Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda saw sahaja.

6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].

7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah saw:

“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].

Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

“Sesungguhnya Akhlak Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].

9. Mencintai orang yang Rasulullah saw cintai, antaranya:

a. Ahlul-baitnya (keluarga)

Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].

Ulama’ lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang mereka.”

Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].

b. Para isteri Baginda saw.

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:

{Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].

Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:

{Dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.} [Surah Al-Ahzaab: 6].

Sehinggakan wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.

c. Para sahabat Baginda saw.

Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:

{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].

Firman Allah swt juga:

{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].

Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasulullah saw bersabda:

“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:

{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka…} [Al-Mujaadilah: 22].

Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.

Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah saw, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.

Rujukan:

1. Huquq An-Nabi ‘Ala Umatihi Fi Dha’il Kitab Was Sunnah, Dr. Muhammad Khalifah Al-Tamimi, Penerbit Adwaa’ Al Salaf, 1418 H,)

2. Mahabbatu An-Nabi Wa Ta’zimuhu. Fahd bin Abdullah Al-Habisyi.

3. [http://ustadzkholid.com/aqidah/bukti-dan-tanda-cinta-rasul/ ]

4. www.abuanasmadani.com

Akhukum,

Abu Anas Madani, 4 Rabi’ul Awal 1431H.

Sumber: (http://www.abuanasmadani.com/?p=526)

http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5257:tanda-cinta-terhadap-rasulullah-saw&catid=69:artikel

Langkah Praktis Memupuk Sabar
Sifat Sabar itu paduan antara ilmu, kesedaran dan amalan. Untuk memilikinya, tidak cukup dengan mengetahui  tetapi perlu di alami. Untuk di alami, ia perlu diamali. Oleh sebab itu, untuk belajar memiliki sabar, seorang Muslim harus melakukan langkah-langkah berikut :

Bertahan ketika menghadapi  hentaman pertama daripada suatu musibah – Hentaman pertama inilah yang paling sukar dihadapi kerana ia menyerang emosi. Selalunya orang boleh bersabar setelah ujian itu menimpa beberapa lama kerana masa akan merawat kesedihan. Namun, pada fasa pertama, apabila ujian menyerang, manusia cenderung untuk menjadi terlalu emosional. Pada waktu itu, manusia telah dikuasai oleh perasaan (sama ada marah, sedih, kecewa atau sebagainya).

Orang yang dikuasai emosi tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Apa yang boleh dibuat adalah dengan membawa fikiran cepat-cepat kepada Allah seraya ucapakanlah kalimah istirja’ sebaik sahaja menerima musibah. Katakan pada hati sendiri, “Aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji”.

Terimlah kenyataan dan jangan cuba nafikan dengan “memberontak” sambil berkata “kenapa aku yang kena ? Apa salahku ?” sebaliknya, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berlaku dan kita memang patut menerimanya.

Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi “menyalahkan” Allah atas kesusahan yang menimpa. Mempersoalkan kenapa musibah menimpa kita samalah dengan menyalahkan Allah. Hentamn pertama akan dapat dihati dengan baik sekiranya seseorang berasa “layak” diujui (kerana dia hamba Allah). Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah (cuma belum mampu difikirkan ketika itu).

Bersambung…

Sumber : Majalah SOLUSI, Isu No. 30 (2011) m.s. 18-19.