Tegur menegur merupakan satu budaya yang baik dan diamalkan oleh masyarakat kita sejak sekian lama. kalau dahulu, kita tidak boleh berkelakuan negatif sesuka hati kerana ada sahaja jiran atau orang kampung yang menegur. Orang yang lebih tua tidak akan teragak-agak menegur dan orang muda dapat menerima teguran dengan hati terbuka. Maka berlakulah satu proses pembelajaran. Tetapi itu dahulu. Sekarang kalau kita cuba menegur anak-anak muda yang lepak di simpang pun belum tentu selamat. Mungkin kita kena belasah. Begitu juga mencabarnya tugas guru. Anak-anak murid yang nakal jika ditegur akan melawan atau mengadu pada ibubapa masing-masing dan akhirnya guru pula yang bersalah. Guru pula disaman ibu bapa. Itulah senario sekarang. Sebab itu lah mungkin perkara-perkara yang tidak baik berleluasa, kerana kita tidak lagi berani untuk menegur. Takut nak ambil risiko. Budaya tegur menegur mula menjadi pudar di dalam masyarakat kita. Boleh kah budaya ini di aplikasi sekarang ? jawabnya boleh. jangan lah kita memandang begitu jauh, contohnya nak menegur jiran tetangga yang mungkin begitu sensitif. langkah permulaan ialah dengan memulakan budaya menegur di dalam keluarga sendiri. Kita tegur anak-anak, suami isteri. lepas tu kita boleh panjangkan kepada anak-anak buah di pejabat. Maksudnya budaya tegur menegur kita mulakan di peringkat paling asas. Institusi keluarga terlebih dahulu. Kita menegur kerana kita memang ada kuasa untuk menegur. Masalahnya kita tak menggunakan kuasa kita dan ambil mudah. Pada masa yang sama kita juga perlu bersedia untuk menerima teguran. Barulah jadi budaya tegur menegur. Teguran perlulah secara positif dan dengan niat yang baik. Semoga budaya tegur-menegur menjadi satu budaya dan amalan kita. – myfendi

Related Posts with Thumbnails