Tahun ni..2011, merupakan tahun SENYUM. dari peringkat pengurusan tertinggi kerajaan Malaysia hinggalah ke peringkat bos-bos terdekat. semuanya bercakap tentang kepentingan  SENYUM. Kenapa ? adakah sebelum ini senyuman telah hilang dari bibir-bibir  mulut kita. Sebenarnya semenjak dari kecil..semenjak bayi lagi kita senyum. Selain dari menangis..senyumanlah yang menjadikan seseorang bayi itu disukai. Tetapi apabila kita  semakin meningkat usia, senyuman yang pada mulanya boleh terbit secara ikhlas dari hati yang suci mungkin mula terhakis. kenapa ? kerana pada masa sekarang mungkin orang beranggapan, tanpa senyum pun kita boleh hidup..boleh cari makan..boleh naik pangkat..boleh jadi kaya raya…boleh dapat 10A1..boleh dapat pasangan…?

Alhamdulillah…akhir-akhir ni kesedaran muncul semula. Walaupun terpaksa diadakan kempen. Seolah-olah budaya senyum sudah begitu terhakis di dalam masyaraakt kita. Kempen ini diharap akan memberikan satu impak yang positif terhadap penyampaian perkhidmatan, melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa dan mengembalikan zaman kegemilangan sopan santun adab ketimuran. Budaya kita tu…

Tidak cukup sekadar Senyum. Prinsip 4S ini mungkin merupakan kombinasi bagus untuk menjayakan  Kempen  SENYUM. S1 – Senyum (Jumpa orang terus lemparkan senyuman, S2 – Sapa (Lepas senyum beri salam, tanya khabar..apa khabar ? Hai…), S3 – Salam (bersalam, shake hand…) dan  S4 – (Sentiasa Amal). Jadikan senyum sebagai KPI kita. “Senyumlah dari hati, dunia mu berseri..senyum umpama titian dalam kehidupan..kau tersenyum..ku tersenyum..kemesraan mengutum”. – Myfendi

Related Posts with Thumbnails