Tengahari tadi saya berpeluang mengikuti satu  program Luncheon Talk bertajuk “Transformasi Diri”. Sebenarnya inilah kali pertama saya berpeluang mengikuti program ni, sebab ia  kebiasaannya dikhususkan untuk top management sahaja. Tetapi entah macam mana kali ni, oleh kerana peserta yang sepatutnya tidak mencukupi, saya turut berpeluang memenuhkan meja yang disediakan. Inilah yang dikatakan rezeki atau anugerah pertemuan.Bukan rezeki makan free, tapi rezeki dapat top up ilmu..dapat berkongsi limu dari tokoh yang hebat…penulis buku best seller.

Saya memang meminati ramai penulis buku..yang sebahagiannya menjadi rujukan dan idola saya di dalam kerjaya mahupun hal-hal kehidupan..

Penganjur telah mengundang seorang tokoh yang hebat, bukan sahaja dari aspek pencapaian akademiknya sebagai seorang Profesor yang termuda pernah dilantik di UiTM, malahan seorang yang berkongsi kisah benar tentang transformasi diri…from zero to herofrom nothing to something..dalam konteks pengamalan ajaran Islam.

Seorang yang begitu jahil, yang akhirnya menjadi seorang pendakwah. Beliau ialah Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim.    Prof merupakan penulis buku best seller, “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman”. Saya pernah melihat buku ni di kedai-kedai buku, tapi tak pernah tertarik untuk membeli. Inilah yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Tetapi selepas mengikuti program ni saya rasa ini merupakan koleksi buku yang saya perlu saya miliki pada bulan ini.

Kira-kira sejam lebih beliau telah berkongsi pengalaman.   Sangat menarik untuk kita fikir-fikir dan renung-renungkan bersama-sama. Apa yang boleh saya  petik dan kongsikan  bersama pembaca blog myfendi adalah beberapa perkara berikut :

  1. Kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah maha berkuasa dan kepadaNyalah kita perlu memohon segala pertolongan. Apa sahaja yang kita hajatkan kita perlu pohon kepadaNya.
  2. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha keras dan semangat yang berkobar-kobar. Sebagai manusia biasa, kita jangan mengharapkan keajaiban datang bergolek.
  3. Untuk berjaya perlu ada doa, usaha, ikhtiar dan tawakal secara berterusan.
  4. Disebalik setiap seorang lelaki yang berjaya, pasti ada seorang isteri yang sangat-sangat penyabar dan sangat-sangat membantu.
  5. Kita sebenarnya ada masa untuk membaca, menulis dan sebagainya. Contohnya di awal pagi..jam 3.00 @ 4.00 pagi..terpulang kepada kita sama ada ingin menggunakan ataupun tidak ruang waktu ini. Setiap orang ada 24 jam. Kalau kita sentiasa berikan alasan tiada masa, kita mungkin sebenarnya terlebih tidur.
  6. Usaha yang baik akan diberkati.
  7. Beribadat dan berdoa di awal pagi sangat-sangat afdal (contohnya solat tahajud, solat hajat dsb)
  8. Baki usia kita….dimana kita akan habiskan.

Insyallah saya akan meluangkan masa untuk membeli dan membaca  buku “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman” serta beberapa buku tulisan Prof. yang mungkin boleh memberikan  value addition kepada diri ini. Bagi yang meminati Prof bolehlah membaca tulisan beliau di halaman blog berikut, http://muhdkamil.org/blog/. Semoga dapat di manfaatkan bersama- myfendi

Related Posts with Thumbnails