Langkah Praktis Memupuk Sabar
Sifat Sabar itu paduan antara ilmu, kesedaran dan amalan. Untuk memilikinya, tidak cukup dengan mengetahui tetapi perlu di alami. Untuk di alami, ia perlu diamali. Oleh sebab itu, untuk belajar memiliki sabar, seorang Muslim harus melakukan langkah-langkah berikut :
Bertahan ketika menghadapi hentaman pertama daripada suatu musibah – Hentaman pertama inilah yang paling sukar dihadapi kerana ia menyerang emosi. Selalunya orang boleh bersabar setelah ujian itu menimpa beberapa lama kerana masa akan merawat kesedihan. Namun, pada fasa pertama, apabila ujian menyerang, manusia cenderung untuk menjadi terlalu emosional. Pada waktu itu, manusia telah dikuasai oleh perasaan (sama ada marah, sedih, kecewa atau sebagainya).
Orang yang dikuasai emosi tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Apa yang boleh dibuat adalah dengan membawa fikiran cepat-cepat kepada Allah seraya ucapakanlah kalimah istirja’ sebaik sahaja menerima musibah. Katakan pada hati sendiri, “Aku hamba Allah, aku layak dan patut diuji”.
Terimlah kenyataan dan jangan cuba nafikan dengan “memberontak” sambil berkata “kenapa aku yang kena ? Apa salahku ?” sebaliknya, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berlaku dan kita memang patut menerimanya.
Jangan sesekali menyalahkan orang lain lebih-lebih lagi “menyalahkan” Allah atas kesusahan yang menimpa. Mempersoalkan kenapa musibah menimpa kita samalah dengan menyalahkan Allah. Hentamn pertama akan dapat dihati dengan baik sekiranya seseorang berasa “layak” diujui (kerana dia hamba Allah). Setiap musibah yang berlaku pasti mempunyai maksud yang baik daripada Allah (cuma belum mampu difikirkan ketika itu).
Bersambung…
Sumber : Majalah SOLUSI, Isu No. 30 (2011) m.s. 18-19.


























